31.12.16

::IKLAN:: (sticky mode)






(SILA KLIK BANNER)





SUMBANGAN UNTUK ALIA HARYANIE

Haryani binti Mat Hussin 
MBB ACC : 1640 3426 6923
aliaharyanie.blogspot.com



AJ Cinta Aliah rakan kongsi rasmi VCharge Asia di Malaysia . Produk pertama kami Powerbank 13000 mah & Powerbank 13000mah -2 soket -Putih -Sesuai utk semua SmartPhone -2 cable -mini Torchlight -1 year warranty - RM 150 per unit 
 Hubungi Admin utk uollzz berminat & ingin menjadi Dropship Agent berdaftar VCharge kami !!! 



JOM CANTEK DENGAN SEQY 
PM / WhatsApp Kak Ai 016.9710103 
COD area Selayang & Rawang



15.11.16

::BESTDAY YG KE 39::

15.11.16

Gitu tajukkkkk ;)

Memula skali akak nak ucapkan mekaseh pada semua yg mendoakan akak kat entry sebelom ni. ingatkan dah takde orang baca blog goblok ni. hehe..

Baik la akak update bestday kat blog ni. Kot la ni bestday yg last akak sambut. hehe..tp mmg last merasa bestday 30an pon. ohohoiiii tahun dpn umur akak patploh dah..tp syukur Alhamdullilah, walaupun mereput teruk camni, sempat jugak akak merasa sambut bestday ujung2 30an ^_^

Takde sambut beria mana pun. Hari bestday akak tu mcm biasa je. Pepagi gi cuci dare. Balik kebabom membuta, ptg bapak bebudak ni dgn along belikan kek. buat syarat je tiup lilin. pastu malam kami anak branak kluar makan..memang akak awal2 dah bagitau along jgn buat surprise2 tu. baik dia tumpu je kat exam SPM dia. Korang doa2kan utk si kepeng tu ye.. akak pun mcm tak caye je anak akak tu dah nak habis skolah. cepat nau besonye..huhu


 potong kuehnya..potong kuehnyaaaa


 bebunga semuanya.. ^_^



 muka along paling ngeri



 luv yg tak brape nak menjadik

 kad sebeday dari anak2


1.9.16

::HAIIIIIIIIIIII::

1.9.16

Assalammualaikum dan salam sejahtera uols. ohoiiii..berabok habis blog aku ni. aku bukannye apa..dah tak tau nak tulis pepanjang. tak tau nk cerita apa. aku banyak update kat insta & fb je, korang leh tengok kat ig aku 'aizah.aliuddin' tau. yelah, kat ig tu kan boleh ngelat. tak yah nk tulis pepanjang. amik gambar, upload, tulis caption skit..dah. hehe..

tp utk pengetahuan korang (kalau la ada lagi yg kebek blog goblog aku ni) dah lama aku x masuk opis sejak aku kluar wad awal bulan 8 haritu. sejak tu aku dah makin tak brape sihat. ada masa aku rasa mcm nk putus asa je. payah sungguh nak tido malam. bila baring je rasa sasak nafas. doc dah cek peparu ok, tak berair pun. ni sume sebab jantung aku. jantung aku banyak masalah skang. doc selayang dah tukar referkan aku ke hosp uitm. tu pon ramai jugak patient yg Q. paling awal dorang bagi date adalah bulan 11 nnt. sementara nak tunggu lagi 2 bulan tu memang aku kene bertabah la..

tau2 jelah kalau tak tido hidup tu mcmana kan..takde daya dah. nak menapak 4-5 langkah pon beban sungguh. aku sampai pitam masa menapak 3 anak tangga haritu. korang bayangkanlah aku gerak skit pun dah mengah, letih bukan main. walhal takde buat apa pun. haihh,,,stress betol la. tak sangka badan jadi camni. sebelom ni aku kan ala2 superwomen. kuat sgt smp org tak caye aku ni sakit, dialisis. tp bila ada penyakit lain datang hinggap, baru tau langit tu tinggi ke rendah. sumpah azab sangat rasa tau, nak buat apa pun takde daya. terhad semuanya.

aku skang bila kluar gi appt kat hospital / bawak anak2 jalan dah guna wilcha, lain macam rasa memula kene sorong tu. rasa mcm semua pandangggg je aku. yg baby2 pun sama. agaknye heran dia tengok awat la makcik ni dah tua2 pun org sorong. wilcha aku kiut je. aku beli size kecik yg senang nak lipat. berrebut2 bebudak ni nak tolak aku. mau berwilly aku ngan wilcha tu. hehe.. tapi korang jangan salah faham lak. aku bukannye tak boleh berjalan langsung..bukannye org guna wilcha tu sebab kaki tak leh jalan. tapi aku guna sebab aku 'tak larat' nak berjalan. kang jalan 4-5 langkah, brenti..jalan kejap brenti..mengah, eh, payah gitu, tu yg aku beli gak wilcha tu. so, korang jgn terkejut tau kalau terjumpa aku kene sorong.. ^_^


4.8.16

::RUTIN IDOP::

4.8.16

Dah habis mati kutu nak hapdet apa blog goblok aku ni.

Aku macam ni jugak la. rutin seharian uruskan anak2, rumah, gi keje & gi cuci dare. same je setiap hari. tp syukur sebab kiranya dah sebulan lebih la aku bertahan tak serah diri lagi kat spital tu. kalau idak, asyik la kluar masuk wad je keje aku kan. tido malam tu memang dah tak lena sgt skang ni. dah mcm baby lak aku rasa setiap jam mesti terjaga. aku gi kencing la..gi muntah la..kadang terjaga sebab kaki krem.bila agak2 rasa semput, aku bantai je telan ubat2 sakit jantung aku tu. baru boleh lelap mata. kalau tak, memang terkebil2 la bijik mata aku duk kat bucu katil. dah mcm rupa burung hantu dah aku ni. tp takpe, sebab aku boleh qada tido kt opis. siap key in apa yg patut, gi lelap mata jap kat blakang.ngeeeeee..

Start minggu ni aku dah tak kerja hari jumaat dah sebab shif cuci dare aku diawalkan lagi ke pukul 10pg. agak melampaulah kalau aku masuk keje jugak pagi tu. setakat masuk setengah jam je tak panas pun lagi bontot kat kusi dah blah. apa ko ingat ni kompeni apak aku. sebelum ni pun dah syukur sesangat sebab bos tak berkira. Tiap jumaat aku 2 jam je ada kt opis. Gaji dapat penuh. Cukup lah tu..dah la Isnin & Rabu pun aku separuh hari je kat ofis ni. Aku memang bersyukur sesangat, rezeki aku keje kat sini camni. Mana nk dpt company gini. kalau kat tmpt lain memang dah lama aku kene halau..Alhamdullilah.. :)

ini darahku, bukan darahmu


cak!

27.7.16

::BUDAK BERAYE::

27.7.16

Macam tahun2 sebelom ni jugak la kat rumah aku tu kuih raye ala kadar je. berabad tahun dah tak buat open house. dedulu masa buat pun share dengan si ema kat sebelah. tak pun aku buat makan2 jemput adik bradik semua sekaligus. la ni takde dah buat makan2 gitu. iols is tak larat.. 

Tahun ni awal2 lagi aku dah ada kt rumah. sunyi je flet aku time tu. aku ingatkan takde la budak dtg beraye. Sib bek la balik dari cuci dare raye ke 3 tu aku siap2 letak kuih raye & ceklat dalam balang. budak tak putus2 datang meraye. meriah betol. tp rasanya tahun ni ramai budak dtg dari blok sebelah & rumah teres. Dah hujung2 raye gini baru kengkawan skolah anak2 aku dtg beraye ^_^

kuih raye & candy yg aku letak dlm balang plastik 90sen. hehe..
baiklah aku letak candy gini sebab bebudak bukannye nak makan sgt pun kuih2 raye. dorang lagi suke makan ceklat..suka aku tengok dorang makan beria :)

memula tu aku letak kat meja makan. tp tak muat lak. meja makan lejen aku ni kusinya tinggal 3 ketol je. 

last2 aku letak kat bawah je, senang. aku lapikkan meja tulis bebudak ni dengan kain. ha..beraye la korang kat bawah tu. nak makan sambil gegolek pon boleh..

kat flet aku tu mmg gini. kul 9malam pun ada bebudak dtg beraye lagi. ini bukan weekend tau, ni hari biasa. tp kalau ada yg dtg kul 10, memang aku layan kat pintu umah je. aku bagi bebudak tu gegula & duit raye je sebab time gitu anak2 aku dah tido. umah pun dah bergelap, camne nak ajak masuk. haa..merasa sgt la korang beraye ala2 malam halloween. hehe..

ini pon xtvt beraye rutin kat umah aku..selain dari dpt makan ceklat, dapat duit raye, dorang boleh main skali. tapi bukanlah main game apa pon..main congkak ;P

playdoh pon boleh main..uli la cupcake sendiri..

masa ni dalam bilik pun ada group lain. group anak muda remaja ;) meriah rumah..


Aku suka je bebudak datang beraye. kat area rumah aku ni bebudak masih berjalan raye lagi. ada tempat yg dah takde camni lagi kan? harap2 tahun depan masih ada lagi la camni.. ^_^


19.7.16

::HOLIDAY ALA2 KAT OBESI::

19.7.16


Hamboiiiii..bukan men lagi ahkak tau. Dalam 2 hari holiday gi Jepun & France. Heybat sangat ni :P

ok la..meh la aku buat review sambil meriak kat korang pasal aku holiday anak branak kat Bukit Tinggi haritu. saje la bawak biah skali. mak tu benornya masih down & stress pasal dia sakit. sian pulak aku tengok. yelah, org tak pernah nk kene telan ubat hari2 kan. Tp aku puas hati bawak dia skali haritu. nampak muka dia berseri2 & nampak sihat sgt dia ^_^ 

Aku ni kalau korang prasan mmg suka tempat2 yg sejuk, nyaman, aman & tenang. kalau bagi aku pilihan nak bercuti kat Langkawi atau Cameron Highlands, dah sah2 la aku pilih Cameron. aku tak suka renyah2 kat laut. kalau setakat layan tengok pemandangan dari pantai tu ok lagi. tp ni kang dengan melekit2nya. anak2 la suka sebab leh main pasir, air laut bagai tu kan. 

Sabtu haritu aku gi Colmar Tropicale, Berjaya Hill, Bukit Tinggi Pahang. Tu diaaa..nama penuh trus. Balik dari melaka haritu aku siap2 booked hotel kat booking.com . bagus tul skang senang nk book ikut web tu sbb dia dah boleh guna nombor debit kad. yelah, aku ni mana la ada credit card. sebelum ni aku book pinjam no kad kedit kawan aku. skang ni dah boleh book sendiri trus. senang..Bukit Tinggi ni dari rumah aku dekat, dalam sejam perjalanan je..dekat2 je ngan Genting kan..bukannye jauh nau. tu yg best tu. takde la banyak masa habis kat tengah jalan..

Sabtu tu kami gerak dalam kul 8pagi. sampai sana kul 9, kami trus jenjalan dulu. time tu best giler sebab tak brape ada org sangat. syok la layan pemandangan. nak masuk ke sana kene bayar tau. korang akan jumpa tempat ala2 tol sebelum masuk tu. dia akan kira brape ramai dlm kete. Dewasa rm13, kanak2 rm8. aku sefamily haritu kene RM76 semuanya. Tp kalau korang duk kt hotel, duit entrance tu korang boleh claim masa check in. Cumanya bagi aku..mcm agak mahal tiket masuk tu. bukannye apa pun, layan amik gambar je kat sana. Dah tu makan & minum kat sana mahal gak. Kiranya bagi aku, kalau setakat sesaje jenjalan macam tak brape nak berbaloi la..

Aku hari tu bawak bekal. Mak masak mihun, aku masak nasik & ayam kicap. Sebelom kami jenjalan tu kami makan dulu. Pastu elok pulak ada lebih nasik & mihun dapat kami ulang makan lps check in. Save dah bajet makan kt situ. hak hak..ikutkan aku, aku takmo bawak bekal. ingatkan kalau dah bercuti tu, bior le betol2 bercuti kan..makan jelah kat restoren. tp yelah pulak, mak kata mcm tak baloi sgt sbb harga melampau mahal & tak kene dengan tekak. bukannye ada nasik campor pun kat atas tu kebanyakan makanan semuanya western. kalau ada nasik2 pun kat cafe hotel jelah..buffet..

Aku duk kat Colmar Tropicale French Theme Resort. Aku amik yg family room. Kat situ korang boleh park kete betol2 kat lift bawah bilik. Memasing dpt private parking. so senang, tak yah nak kene menapak jauh. Kat situ korang boleh pilih macam2 jenis bilik. Nak yg apartment pun ada. bilik yg aku sewa ni, Family room. Ada 2 area dalam tu. Ada 2 katil King, 2 Tv beso gedabak, esbok mini & kettle. bilik airnya pulak ada bathtub. Harga bilik ni semalam RM528 (dah campur tax) Tak ramai yg tau benornya hotel ni ada swimming pool. tp airnya sejuk beku la....hahaha..bergasak gak anak2 aku mandi kat situ. Bila molot memasing dah biru baru naik bilik. pastu sambung lak berkubang dalam bathtub. Gasak korang la nak oiii..asalkan bahagia ^_^


gambar wajib kat pintu gerbang


dah mcm tugu negara ha..tp cantik tul view kat sana..


menahan cahaya matahari..tp tak panas, dingin je..
biah kat blakang mesti pikir tak habis2 pompuan amik gambo :P




tuan tanah

kitaorg naik shuttle ni gi kampong jepun. free je.
amboiii bang, bukan men speed, kona baring ko bawak minatang ni. aku dah la gayat. rasa mcm nk jerit suruh slow je :P


tu diaaaaaa..dah sampai kat sana kene mendaki pulakkkk.
sumpah memang aku merangkak tau kat sini. gasak ko la orang nk tengok aku pon. kahhhhhhh


jalan naik memang mendaki ye kawan2..ko tengok warga2 tua tu dah tercicir kat belakang. muahahaha..
si biah & si kaman dah tak larat nak menapak. tp aku gigih jugak sebab aku dtg sini memang nak sgt2 gi kampung jepun ni. semangat lain macam la. esoknye tu rasakan ko, betis mengeras. pitam sakit oiii


sewa kimono siap hokeyyy..tercapai impian ahkak. hehe..nak gi jepun tak dpt, gi sini pun dah habis hati rasa. best giler!

sewa kimono RM20 sorang. ada time limit ye. 10 minit kat luar & 10 minit kat dalam rumah utk amik gambar. ehhhh..aku pedulik hape, aku pakai kimono tu lebih setengah jam. tp elok pulak org tu tak marah ke apa. siap layan amikkan gambar lagi. hehe..




Ohaiyogozaimas!

mak..intan dah jadi org jepun mak..jepun kelam & berhijab kata ko

ececehhh...tp terompahnye manaaaa??
berkaki ayam je aku sbb dorang sediakan selipar biasa je. baik tak yah. choi sgt.


behind the scene :P
ko nak terbang ke mana tu pompuan??






iraisamasek..




feeling nau 3 branak nih




dara pingitan..


kawaiii


pengawal keselamatan kami..






tunggu sape tu biah?


sume terjebak. haha..



Biah Ronggeng in France



tengok pompuan tu feeling sgt nak amik gambo kan..

sekali bontot aku kene sudu dengan angsa tu..choi sangat! aku sembelih ko masak rendang kang padan muka. kahhhhhhhh


aku check in awal, kul 1 lebih gitu. disebabkan kami dah puas berjalan, kami relax2 je lepas tu. syok betol sebab rasa masa tu lambat je. mmg relax sesangat :)
sronok aku tengok mak. tak sudah2 sebut best duduk kat situ..ucap tq kat aku toksah ckp la. berulang2 kali. hihi..bilik pun selesa sgt mak kata. tak rasa langsung kami kat m'sia. betol2 feeling kat obersi sungguh ni ^_^


kalau anak2 aku ni duk la berulang turun gi kedai & gerai2 kat bawah tu. beli eskem..gasak le korang nak oii. tp kalau korang nak tau eskem biasa yg rege rm1, kat sini boleh jadi smp rm5 tau. haha..rege lain2 ikut kedai kat sana.

berkubang la korang sampai beku..hehe

hirup kopi panas sambil layan pemandangan..tengok org lalu lalang kat bawah :)


malam tu kami layan piza pulak. restoren ni betol2 mengadap bilik kami. beria mak makan. tp aku mcm biasalah, tak boleh nak telan. dah la rasa tak kene dengan tekak. biasakan makan piza pasar malam / pizza hut je. yg ni betol2 italian punye. jenoh tahan muntah. ish..tp anak2 aku makan beria, aku ok je. makan la nak..mama suka je tengok korang makan :)


amik angin malam





ada show tau kat sana..dorang ikut time yg dah disediakan..




bestnya telan kabus malam ;)


ini esoknya, hari ahad. pepagi lagi kami dah turun nak gi b'fast


buffet breakfast..
mcm aku sewa bilik utk 4 dewasa, dpt la free 4 dewasa makan. so, aku hanya bayar utk 3 kanak2 je. RM66 semuanya. tp yg sadis tu, adek makan telor mata & tembikai je. telan ailio mak ko dek. haha..


teringat lak kopi dia..sedapnye..


masa ni dah check out. ni kan luar lobi hotel..





kemain ko biah..haha..dah macam menunggu prince charming ;P


bubye Colmar...


klik klik (^_^)